Setelah menunggu sekian lama, akhirnya barisan pelakon-pelakon filem Keluang Man diumumkan oleh Astro Shaw dalam satu majlis sidang media pada semalam, yang memperkenalkan watak-watak utama filem berkenaan.

Pelakon/ penyanyi Nas Muammar Zar (atau Nas-T) diumumkan sebagai pemegang watak utama Keluang Man, selain turut mengumumkan tiga watak utama lain iaitu Shamsir (lakonan Remy Ishak), Ahmad (lakonan Datuk Rosyam Nor) dan Inspektor Sahab (lakonan Anwar Beg Mughal).

BERKAITANFilem Keluang Man Bakal Dihasilkan, Diterbitkan Oleh Astro Shaw!

Dijangka akan memulakan penggambaran bermula April tahun depan, filem Keluang Man kini dalam fasa pra-produksi dan akan diarahkan oleh Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip. Untuk rekod, Anwari sebelum ini dikreditkan sebagai pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, selain turut mengarahkan siri Projek: High Council.

Keluang Man merupakan siri animasi tempatan terbitan UAS Animation Studios dan disiarkan di TV1 dari 1998 sehingga 2005, sebelum kembali bersiaran di TV9 pada tahun 2008.

Filem Keluang Man dijangka akan ditayangkan di pawagam pada 2025.



KOMEN ANDA

أحدث أقدم