Hari ini, kami berkesempatan menonton filem The Black Phone (2022) bertempat di GSC The Starling Mall. Terima kasih kepada United International Pictures (UIP) Malaysia atas undangan tersebut.

Filem The Black Phone mengisahkan misteri kehilangan beberapa orang kanak-kanak di sebuah pekan kecil di Colorado. Kehilangan tersebut dikaitkan dengan seorang penculik kanak-kanak yang hanya digelar The Grabber, yang akan meninggalkan belon berwarna hitam di lokasi penculikan kanak-kanak terbabit. Satu demi satu, kanak-kanak di pekan tersebut telah hilang angkara The Grabber tanpa kesan, sehingga mengundang kegusaran kanak-kanak di situ. Apabila mangsa keenam, Finney pula menjadi mangsa penculikan, beliau mendapati dirinya terkurung dalam sebuah bilik kecil bawah tanah yang kedap bunyi dengan hanya tilam, tandas dan sebuah telefon berwarna hitam di dalamnya. Walaupun talian telefon telah diputuskan, namun telefon hitam itu mempunyai kuasa aneh dan mampu menjadi penghubung antara Finney dengan mangsa-mangsa penculikan The Grabber terdahulu, yang mahu Finney selamat dan menghapuskan The Grabber. Dapatkah Finney menyelamatkan diri dari menjadi mangsa pembunuhan seterusnya? Jangan lupa saksikan filem The Black Phone  mulai 23 Jun 2022 di pawagam berhampiran.

Sejak dari awal filem The Black Phone, kami telah kagum dengan pemilihan pelakon kanak-kanak dalam filem ini. Madeleine McGraw yang melakonkan watak Gwen, adik kepada Finney telah berjaya menampilkan lakonan mantap, lebih-lebih lagi wataknya bermain dengan pelbagai emosi sehingga kami rasakan telah menenggelamkan lakonan pelakon utama, Mason Thames. Bukanlah Mason Thames tidak terampil sebagai Finney, kerana watak Finney juga berjaya dijelmakan dengan cemerlang, namun permainan emosi, mimik muka, nada suara yang ditampilkan oleh Mason Thames dalam filem ini ternyata 'kalah' kepada watak yang dilakonkan oleh Madeleine McGraw sebagai Gwen. 


The Black Phone ini merupakan adaptasi kepada satu cerpen 2004 hasil nukilan Joe Hill, yang juga bertajuk The Black Phone. Namun begitu, tidak dinyatakan dengan jelas apakah peristiwa yang mendorong The Grabber untuk menculik kanak-kanak tersbut dan akhirnya dibunuh. Tiada motif penculikan dinyatakan, namun ianya sedikit pun tidak mengganggu jalan cerita mahupun tempo filem ini.
 

Filem seram selalunya tipikal dengan elemen-elemen mengejutkan dan jumpscare yang keterlaluan. Namun syukurlah yang filem The Black Phone ini bukanlah filem seram yang tipikal. Walaupun jalan cerita filem seram sememangnya boleh dijangka, namun ianya tidaklah keterlaluan dan digunakan secara terkawal dalam filem ini. Syabas!.
  

Kami tertarik dengan topeng muka yang digunakan oleh The Grabber. Kami merasakan ianya satu sentuhan yang genius dari pembikin filem ini, dan berjaya menyeimbangkan permainan suara dan mimik muka The Grabber, yang dilakonkan dengan cemerlang oleh Ethan Hawke. Penonton dapat melihat sedikit demi sedikit, muka The Grabber didedahkan, sesuai dengan mood dan scene filem The Black Phone ketika ianya semakin memuncak. Topeng yang mempunyai 2 bahagian itu sememangnya menambahkan elemen seram dan gerun untuk watak The Grabber.

RATING SEMBANGFILEM: 4/5 BINTANG


2 Comments

  1. is most scenes censored?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I don't really sure, because I can't find any. But if there is, I can assure you that it'll not interfere with the storyline

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post