Universal Menangguhkan Tarikh Tayangan Fast And Furious 9 Ke Bulan Mei 2020?

Universal telah mengumumkan yang filem ke-sembilan dalam francais filem Fast and Furious (buat masa ini hanya dikenali dengan tajuk Fast and Furious 9) telah ditangguhkan dari jadual tayangan awal.  Menurut Variety, filem Fast and Furious 9 dijadualkan untuk tayangan pada 22 Mei 2020! 


Filem itu sepatutnya menjadi filem kedua dari trilogi terbaru filem Fast and Furious yang dimulakan dengan filem ke-lapan, The Fate of the Furious dan diakhiri dengan filem ke-sepuluh, yang akan akan penutup francais filem terkenal tersebut. 

Filem Fast and Furious 9 pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada 19 April 2019, tetapi dianjakkan setahun lewat untuk memberikan ruang buat filem spin-off pertama dalam siri itu, diberi tajuk Hobbs & Shaw, yang buat masa ini dijadualkan untuk tayangan pada 2 Ogos 2019.

Filem Fast and Furious 9 dijadualkan untuk tayangan pada 22 Mei 2020 dengan pengarah Justin Lin kembali untuk mengarahkan filem tersebut, yang mana telah mengarahkan 4 filem Fast and Furious sebelum ini. 

KOMEN ANDA

أحدث أقدم