Review Filem Bumblebee (2018) - Filem Transformers Sebenar!

Sebagai seorang 80's kid, tentulah kami membesar dengan kartun-kartun klasik seperti Transformers, Thundercats, M.A.S.K. (sekadar menyebut beberapa nama) dan lain-lain. Harus diakui, mereka yang mebesar di zaman 80-an sememangnya disajikan dengan siri kartun dan rancangan TV yang epik. Yelah, zaman dulu bukannya ada siaran TV yang berpuluh, malah beratus macam sekarang ini.



Malangnya, adaptasi kartun Transformers kepada filem sebelum ini, secara tepatnya 5 filem, iaitu Transformers (2007), Transformers: Revenge of the Fallen (2009), Transformers: Dark of the Moon (2011), Transformers: Age of Extinction (2014), dan Transformers: The Last Knight (2017), kualiti siri filem Transformers karya Michael Bay itu semakin merosot sehingga menimbulkan kebencian para peminat. Kami sendiri pernah memberi komen negatif tentang siri filem Transformers dan Michael Bay sendiri yang kami rasakan merupakan perosak kepada legasi Transformers itu sendiri. Sehinggalah kami melihat trailer filem Bumblebee, yang telah sedikit sebanyak mengubah persespsi kami tentang filem ini. Kami tampilkan di sini review filem Bumblebee dari sudut pandangan kami.

Filem Bumblebee diarahkan oleh Travis Knight (syukurlah bukan diarahkan lagi oleh Michael Bay - yang hanya berperanan sebagai penerbit filem ini), dan memberikan nafas baru kepada filem Transformers. Filem Bumblebee mengisahkan tentang Bumblebee, robot kesayangan peminat dari siri kartun asal yang mempunyai mod alternatif berupa kereta Volkswagon Beetle. Nasib baik mod kereta Bumblebee adalah sebuah kereta Beetle dalam filem ini, dan bukanlah Chevrolet Camaro seperti filem-filem terdahulu.


Dinamik perhubungan antara watak manusia utama, Charlie, ditunjukkan dengan baik dalam filem ini. Walaupun banyak elemen emosi ditunjukkan, telinga penonton tidak bingit dengan jeritan watak  Sam Witwicky (Shia LaBeouf) dalam filem terdahulu yang amatlah merengsakan. Bumblebee diutus ke Bumi oleh Optimus Prime selepas planet asal mereka, Cybertron terjebak dalam kancah perang saudara antara Autobots dan Decepticons.

Kami kagum dengan team kesan khas dan kesan visual untuk filem ini, kerana Bumblebee kelihatan begitu hidup ketika interaksinya bersama Charlie. Kami tak dapat mengesan sebarang kejanggalan ketika Charlie dan Bumblebee dalam scene yang sama, seolah-oleh Bumblebee sememangnya wujud dan berinteraksi di dunia sebenar dengan Charlie!

Babak pertarungan robot juga ditampilkan baik, dengan penampilan watak rekaan Transformers G1 seperti Optimus Prime, Soundwave, Shockwave, Cliffjumper dan Arcee. Bunyi ketika robot-robot berkenaan "transform" juga diambil terus dari kartun. Kami begitu teruja apabila Soundwave menyebutkan "Ravage, eject!" seperti mana efek suara yang digunakan dalam kartun!

Keseluruhannya, review filem Bumblebee adalah baik dan kami memberikan penarafan 4.2/5 untuk filem Bumblebee. Akhirnya kita dapat mendengar Bumblebee bercakap dalam filem ini (walaupun tidak lama).

KOMEN ANDA

أحدث أقدم