Saksikan Trailer Musim Kedua The Punisher - Bakal Ditayangkan Bulan Ini!


Marvel Entertainment dan Netflix baru sahaja memperlihatkan teaser trailer untuk musim kedua The Punisher! Walaupun tarikh tayangannya masih belum diumumkan, satu tweet dari Netflix (yang kini telah dipadamkan) telah menyatakan yang musim kedua The Punisher akan ditayangkan pada 18 Januari 2019! Saksikan trailer tersebut di bawah :


Dalam musim pertama The Punisher, Castle kelihatan meneruskan kembali kehidupannya selepas membelasah rakannya, Billy Russo (Ben Barnes) yang rupa-rupanya bertanggungjawab terhadap serangan yang meragut nyawa ahli keluarga Castle. Kita masih belum mengetahui apa punca yang akan menyebabkan Castle kembali dengan persona sebagai The Punisher, tetapi telahpun disahkan yang Billy Russo (Ben Barnes) akan kembali, berkemungkinan sebagai Jigsaw, sepertimana di dalam komik. Amber Rose Revah akan kembali sebagai Dinah Madani, dan Jason R. Moore juga akan kembali sebagai Curtis Hoyle.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم