Trailer Pertama Avengers 4 Diperlihatkan - Secara Rasminya Diberi Tajuk Avengers: Endgame


Selepas mendapat khabar angin mengatakan trailer pertama filem Avengers 4 akan ditayangkan pada Rabu, sebelum dikatakan yang tarikh tayangan tersebut ditukar kepada hari Jumaat, kini akhirnya para peminat boleh menonton sendiri trailer pertama filem Avengers 4 selepas sekian lama menunggu. Dan secara rasminya, tajuk filem Avengers 4 akan dikenali sebagai Avengers: Endgame. Saksikan trailer pertama filem Avengers: Endgame di bawah :


Pengakhiran filem Avengers: Infinity War menyaksikan superhero penyelamat Bumi bertarung dengan Thanos untuk menghentikan rancangannya memusnahkan separuh hidupan alam semesta untuk mewujudkan keseimbangan. Malangnya, usaha mereka tidak berhasil, dan Thanos berjaya dalam perancangannya mengumpulkan kesemua Batu Infiniti dan dengan petikan jarinya, menyebabkan Bucky Barnes/Winter Soldier (Sebastian Stan), King T’Challa/Black Panther (Chadwick Boseman), Groot (Vin Diesel), Wanda Maximoff/Scarlet Witch (Elizabeth Olsen), Sam Wilson/Falcon (Anthony Mackie), Mantis (Pom Klementief), Drax (Dave Bautista), Peter Quill/Star-Lord (Chris Pratt), Dr. Stephen Strange (Benedict Cumberbatch), and Peter Parker/Spider-Man (Tom Holland), as well as Maria Hill (Cobie Smulders), Hank Pym (Michael Douglas), Hope van Dyne/Wasp (Evangeline Lily), Janet van Dyne (Michelle Pfeiffer) dan Nick Fury (Samuel L. Jackson) bertujar menjadi debu, walaupun Fury berjaya menghantar isyarat pertolongan kepada Captain Marvel (Brie Larson) yang akan muncul dengan filem solonya nanti.

Saksikan juga poster rasmi pertama Avengers: Endgame seperti di bawah :


Pelakon-pelakon yang telah disahkan untuk menyambung kembali watak mereka dalam filem Avenger: Endgame ialah Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Scarlett Johansson, Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Anthony Mackie, Paul Bettany, Elizabeth Olson, Jeremy Renner, Chadwick Boseman, Sebastian Stan, Don Cheadle, Chris Pratt, Dave Bautista, Zoe Saldana, Pom Klementieff, Benedict Cumberbatch, Benedict Wong, Sean Gunn, Tom Holland, Paul Rudd, Jon Favreau, Brie Larson, Karen Gillan, Gwyneth Paltrow, Evangeline Lilly, Katherine Langford dan Josh Brolin.

Filem Avengers: Endgame telah dijadualkan untuk tayangan pada 26 April 2019.

Amacam? Teruja dengan trailer pertama filem Avengers: Endgame? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم