Rasanya sesiapa yang follow blog aku ni memang tau pasal keterujaan aku menantikan tayangan filem Iron Man 3. Memandangkan penonton filem di Malaysia ni boleh menonton tayangan filem Iron Man 3 ni seminggu lebih awal daripada tayangan di US, makanya aku pun tak maulah ketinggalan untuk menjadi yang terawal menonton. OK tak la awal sangat, lewat 2 hari je dari tarikh rasmi tayangan di Malaysia. Untung jugak jadi rakyat Malaysia ni rupanya. Pandangan aku berkaitan filem ini?

Jalan cerita : Filem Iron Man 3 ini berkisar tentang senario selepas serangan di New York oleh tentera Loki dalam The Avengers. Tony Stark/ Iron Man kerap mengalami 'anxiety attack' dan kerisauan melampau tak dapat bertindak sebagai superhero disebabkan kekangannya yang hanya bergantung kepada sut armornya saja, berbanding superhero lain seperti Hulk, Thor dan Captain America. Disebabkan itu, dia selalu tak dapat tidur lena dan menghabiskan masa mencipta pelbagai sut armor untuk fungsi yang spesifik.

Sut armor yang pelbagai : Tak dinafikan dari awal lagi aku dah teruja dengan kepelbagaian sut armor yang dipaparkan dalam filem Iron Man 3 ini bila tengok trailernya. Dalam filem Iron Man 3 ini, kebanyakan masanya Tony Stark menggunakan sut armor prototaip Mark 42. Tony Stark turut mencuba teknologi baru yang membolehkannya 'communicate' dengan sut armornya hanya menggunakan minda.

The Mandarin : Secara jujurnya, semasa aku mula-mula tengok trailer, aku senyum lebar dengan cara Sir Ben Kingsley membawakan watak The Mandarin. Walaupun dalam komik dan kartun, The Mandarin digambarkan mempunyai kuasa magik daripada 10 cincin yang dipakainya, tapi dalam filem ni cuba menjadikannya seberapa real yang boleh mengikut dunia sebenar. Tapi aku kecewa, betul-betul kecewa dan rasa "hek eleh!" bila pengarah filem ini mengambil pendekatan untuk menjadikan watak Sir Ben Kingsley hanyalah watak pelakon teater yang dibayar oleh Aldrich Killian (yang mengaku sebagai the real Mandarin di penghujung filem) untuk mengugut kerajaan Amerika. Apa ni? Ini adalah insult secara terang-terangan kepada peminat Iron Man! Seriously, aku dah jadi let down di pertengahan cerita dengan pendedahan ini.

Aldrich Killian : Aku lagi suka dengan idea mamat ini sebagai orang kanan The Mandarin, bukan The Mandarin yang sebenar! Sampai sekarang aku masih tak boleh terima hakikat pendedahan ni. Dia punya anti-klimaks sama macam The Dark Knight Rises, daripada awal Bane nampak yang berkuasa, tapi dah di penghujung, rupanya penjahat utama hanyalah orang suruhan je. Demyuh Shane Black!

Maya Hansen : Watak dia ni katanya saintis hebat sebab cipta Extremis, tapi mati mudah je sebab kena tembak. Dan tak nampak signifikannya dalam filem Iron Man 3 ini selain daripada pergi warning Tony Stark masa rumahnya diserang.

Igor : Pada aku, sut armor Mark 38 (Heavy Lifting Suit) a.k.a Igor ni memang menonjol dalam filem ini selain Mark 42. Sut-sut armot yang lain aku tak boleh nak cam sangat dalam suasana kelam kabut masa last battle scene tu. Nampak la dia punya 'bad-ass' sesuai dengan peranannya. Sut ini jugak la yang dikatakan adalah Hulkbuster Armor sebelum ini.

Iron Patriot : Untuk filem Iron Man 3, sut armor War Machine yang dipakai oleh Rhodey telah diberi warna baru dan diberi nama Iron Patriot. Lebih simple dan less bulky daripada versi dalam Iron Man 2, tapi aku masih rasa annoyed sebab senang betul sut ni dibawa lari oleh penjahat. Kalau dalam Iron Man 2, sut ini dengan mudahnya 'dicuri' oleh Rhodey untuk dinaiktaraf oleh Justin Hammer. Dalam filem ini pulak, Iron Patriot dengan mudah 'dicuri' oleh orang suruhan Aldrich Killian. Apa mudah sangat dicuri ni? Mudah sangat ke sistem J.A.R.V.I.S ni digodam sampai mudah beralih tangan dan digunapakai oleh sesiapa pun? Dan dalam filem ini, Iron Patriot jatuh ke taraf hanyalah untuk misi menyelamatkan Presiden saja, tak lebih dari itu. Fail sungguh!

End battle scene : Battle scene di akhir filem Iron Man 3 ini adalah awesome. Tony Stark panggil kesemua sut armor yang dibuatnya selama ini dan dikawal oleh J.A.R.V.I.S untuk melawan tentera Extremis di bawah kawalan Killian. Cuma yang buat aku pelik, kuat sangat ke tentera Extremis ni sampaikan beberapa sut armor musnah berkecai dengan mudahnya bila dimusnahkan oleh mereka ni? Cuma tak berapa jelas juga berapa banyak armor yang digunakan dalam filem ini dan nama-nama kesemuanya. Cuma beberapa je yang dapat aku kenalpasti.

Secara keseluruhannya, aku suka dengan visual effects dalam filem ini. Aku suka dengan scene menyelamat daripada Air Force One, dan aku suka battle terakhir dalam filem ini.

Cuma aku merasakan plotnya hampir sama macam The Dark Knight Rises, dan inilah penyebab kenapa filem ni tak up to my expectation. Terlalu banyak benda cuba disumbat dalam tempoh yang pendek. Secara umumnya, aku kecewa. Jauh bezanya daripada apa yang aku bayangkan dari trailer.

Ada beberapa spoiler yang aku tak reveal di sini. Mungkin lebih bagus kalau korang tonton sendiri dan buat penilaian korang pulak.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post