Filem The Avengers yang sedang ditayangkan sekarang ini di pawagam adalah filem paling aku tunggu-tunggu untuk tahun ini, selain daripada filem The Dark Knight Rises. Filem ini dah mula ditayangkan bermula Khamis minggu lepas, dan aku pun dah mengambil kesempatan menontonnya pada cuti Hari Pekerja tempohari. Dan inilah dia review daripada aku :


Jalan Cerita : Usaha Nick Fury, pengarah S.H.I.E.L.D untuk menggerakkan Avengers Initiative yang dicadangkan kepada Tony Stark/ Iron Man tidak dipersetujui kerana too risky. Gabungan superhero yang terlalu kompleks menyebabkan kesemua hero membawa haluan sendiri. Hanyalah apabila Loki dan bala tentera Chitauri menyerang bumi, barulah Avengers bersatu. Dan tak keterlaluan jika dikatakan, Avengers "bersatu" selepas kematian Agent Coulson. Cuma aku rasakan, babak awal terlalu lama memfokus kepada Loki hingga buatkan aku hampir bosan menunggu bila Avengers nak beraksi.

Kostum : Captain America dapat suit baru selepas diselamatkan dari ais (scene akhir Captain America : The First Avenger di mana di membenamkan kapal terbang Hydra ke dalam ais). Thor juga dapat kostum baru. Iron Man? Transformation suit armor Mark 7 (kembali kepada arc reactor berbentuk bulat) adalah teramatlah awesome! Hawkeye dan anak panah canggihnya? Cool. Cuma kenapa Hawkeye tak pakai topeng muka macam dalam komik? Hulk? Kostumnya cuma seluar. LOL.

Kesan Khas : Aku cukup kagum dengan scene yang melibatkan Iron Man. Transformation Iron Man  kepada Tony Stark di atas Stark Tower sambil berjalan tu adalah awesome! Not to mention the Mark 7 armor, lagilah awesome. Tak dilupakan juga, Helicarrier in action! Tak sah filem The Avengers kalau takde markas terapung S.H.I.E.L.D ni.

Komedi : Banyak elemen komedi diselitkan dalam filem ni. Disebabkan pertama kali berjumpa, masing-masing berlagak siapa yang paling bagus. Mark Ruffalo teramat cemerlang membawakan watak Dr. Bruce Banner aka The Hulk dalam filem ni, lebih cemerlang daripada Eric Bana dalam filem Hulk dan Edward Norton dalam filem The Incredible Hulk sebelum ini. Patut ke aku kata yang The Hulk paling banyak scene lawak dalam filem ni, despite his enormous green rage monster alter ego? Nak tau mana scene lawaknya? Haa jangan lupa tengok.

Agent Coulson : Kenapa korang matikan watak Agent ni? Dia kan penghidup suasana dalam filem-filem sebelum ni? Aku tak setuju betul bila mereka decide kena matikan watak ni untuk membolehkan Avengers bersatu menentang Loki dan bala tenteranya. WTH?

Aksi : Hanya bila dah hampir pertengahan cerita, barulah tempo filem ni jadi cepat sikit. Di awal-awal, aku hampir kebosanan sebab terlalu lama sangat berkisarkan pasal Loki sahaja. Tapi mungkin ini perasaan aku je. Lepas daripada tu, memang aksi saja all the way. Awesome!

Loki : Always dengan permainan mindanya untuk trick manusia yang mempunyai minda yang lemah dan mudah dipengaruhi. Hawkeye dan Dr. Selvig digunakan untuk membina device yang boleh membuka space portal untuk membawa masuk bala tentera Chitauri di bawah kawalan Loki.

LOL Moments : Terlalu banyak. Tonton di pawagam kalau nak tau LOL ke tak. Even Bruce Banner dalam mode The Hulk pun ada 2-3 LOL moments yang tak dijangka.

Pada aku, pengarah filem ini telah berjaya menzahirkan filem gabungan superhero ini dan mengangkatnya ke satu level yang tersendiri. Bukan senang nak gabungkan Captain America, Iron Man, Thor, The Hulk, Hawkeye dan Black Widow dalam satu filem, dengan penampilan sekata antara kesemua wataknya.

Di akhir filem, jangan keluar terus. Seperti biasa, ada extra scene di tengah-tengah ending credit. Klip video yang memaparkan penjahat untuk filem seterusnya. Secara tepatnya, Thanos.

Lepas baca review ni, harap-harapnya ada la sedikit gambaran berkaitan filem ni. Jadinya apa tunggu lagi, cepat-cepat la pergi menonton!

p/s : Di akhir cerita, tulisan STARK di Stark Tower hanya tinggal huruf "A" sahaja. Signal untuk jadi Avengers Mansion (markas Avengers) dalam filem seterusnya? Mungkin.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post