Treler filem Air, mengisahkan perjanjian yang termeterai antara Nike dan Michael Jordan sehingga terlahirnya sneaker ikonik Air Jordan, kini diperlihatkan.

Filem arahan Ben Affleck itu dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 5 April 2023. Saksikan treler filem Air di bawah:

Selain mengarah, Ben Affleck turut berlakon dalam filem ini sebagai Nike co-founder Phil Knight, manakala Matt Damon pula melakonkan watak eksekutif pemasaran sukan John Paul Vincent “Sonny” Vaccaro. Filem ini akan berkisar kepada kisah bagaimana syarikat pembuat kasut sukan terkemuka tersebut berjaya memeterai perjanjian dengan bintang NBA yang sedang meningkat naik ketika itu, iaitu Michael Jordan, yang akhirnya menjadi antara cabang bisnes paling menguntungkan buat Nike sehingga menjadi antara barangan sukan paling dicari-cari oleh para pengumpul barangan sukan.

Selain Affleck dan Damon, filem Air turut dibarisi pelakon seperti Jason Bateman, Chris Messina, Matthew Maher, Marlon Wayans, Chris Tucker, Viola Davis, Gustaf Skarsgård, dan Julius Tennon.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post