Bohemian Rhapsody Kini Filem Biopik Dengan Rekod Kutipan Tertinggi Dalam Sejarah

Walaupun mendapatkan kritikan yang pelbagai, filem biopik Bohemian Rhapsody arahan Bryan Singer yang mengisahkan tentang perjalanan hidup frontman kumpulan Queen, iaitu Freddie Mercury, kini merupakan filem biopik dengan rekod kutipan tertinggi dalam sejarah!


Tidaklah memeranjatkan bagaimana filem Bohemian Rhapsody boleh mencatatkan kutipan tinggi. Ini kerana lagu-lagu Queen masih lagi mempunyai pengikutnya tersendiri, walaupun selepas kematian Freddie Mercury akibat AIDS.

Filem Bohemian Rhapsody menduduki tempat pertama kutipan dalam minggu pertama tayangannya, dan kini mencatatkan USD539 juta di seluruh dunia dengan bajet hanya sebanyak USD52 juta, menurut semakan oleh Box Office Mojo. Ini menjadikan filem Bohemian Rhapsody berada di kedudukan pertama dalam senarai filem biopik paling laris baik dalam mahupun luar negeri.

Penghasilan filem Bohemian Rhapsody turut membantu melonjakkan semula lagu-lagu terkenal Queen dalam carta muzik seluruh dunia, dan membuka ruang kepada peminat-peminat muda untuk mengenali lagu-lagu Queen. Apatah lagi lagu-lagu seperti "We Will Rock You" dan "We Are the Champions" sememangnya telah sinonim dengan peminat-peminat muzik sejak sekian lama.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم