Poster Dan Trailer Terbaru Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald - Nagini Versi Manusia?






Trailer terbaru filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald telahpun diperlihatkan, dan terdapat beberapa kejutan yang disediakan untuk peminatnya. Saksikan trailer tersebut di bawah : 


Dalam trailer tersebut, dapat dilihat Credence Barebone (Ezra Miller) membisikkan “Nagini” sebelum Claudia Kim bertukar menjadi ular yang akhirnya menjadi haiwan peliharaan yang setia kepada Voldemort. Nagini juga merupakan salah satu dari 7 horcrux yang membolehkan Voldemort kekal berkuasa. Nagini akhirnya mati di tangan Neville Longbottom ketika pertarungan akhir dalam siri filem Harry Potter.


Dalam filem ini, penonton akan dapat melihat kisah asal Nagini. Dia bersama-sama Credence, merupakan ahli persembahan sarkas yang menggunakan kuasa magik dalam persembahan mereka. Menurut Kim, wataknya itu mampu bertukar menjadi ular dengan sendirinya, namun dia akan hilang hilang kebolehan untuk mengawal pertukaran tersebut dan kekal menjadi seekor ular.  

Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald merupakan filem kedua daripada lima pengembaraan baru dalam Wizarding World J.K. Rowling. Filem ini dibintangi oleh Eddie Redmayne sebagai Newt Scamander, di samping Katherine Waterston, Dan Fogler, Alison Sudol, dan Ezra Miller. Turut membintangi filem berkenaan adalah Claudia Kim, Zoe Kravitz, Callum Turner, dengan Jude Law sebagai Dumbledore dan Johnny Depp yang akan membawakan watak Grindelwald.

Di akhir filem pertama, dark wizard yang hebat iaitu Gellert Grindelwald (Depp) telah ditangkap oleh MACUSA (Magical Congress of the United States of America), dengan dibantu oleh Newt Scamander (Redmayne). Tetapi Grindelwald berjaya meloloskan diri dan telah mengumpulkan pengikut-pengikutnya, dengan agenda utama untuk mengangkat wizard berdarah pure-blood untuk menguasai semua hidupan bukan magikal.

Dalam usaha menggagalkan rancangan Grindelwald, Albus Dumbledore (Law) meminta bantuan bekas anak muridnya, Newt Scamander, yang bersetuju untuk membantu, namun tidak sedar tentang bahaya yang menanti mereka.

Filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald diarahkan oleh David Yates, dengan lakon layar daripada J.K. Rowling, dan produser David Heyman, J.K. Rowling, Steve Kloves dan Lionel Wigram.

Filem ini dijadualkan untuk tayangan pada 16 November 2018.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم