Tajuk Filem Sambungan Spider-Man: Homecoming Didedahkan Oleh Tom Holland



Pelakon dan pembawa watak Spider-Man, Tom Holland telah memuatnaik video di Instagram peribadinya yang menunjukkan tajuk filem terbaru Spider-Man itu ialah Spider-Man: Far From Home. Tajuk filem ini adalah selari dengan apa yang dinyatakan oleh presiden Marvel Studios, Kevin Feige sebelum ini, yang menyatakan filem sambungan Spider-Man itu akan membawa Peter Parker 'keluar' dari New York dan ke Eropah pula, spesifiknya di London.


Jake Gyllenhaal (Nightcrawler, Okja) dijadualkan untuk membawakan watak penjahat Mysterio dalam filem sambungan itu, dengan Michael Keaton kembali membawakan watak Adrian Toomes/The Vulture, yang mana ada kemungkinan sebagai satu permulaan untuk kemunculan kumpulan penjahat The Sinister Six di layar perak. Marvel kini dikhabarkan giat menjalankan ujibakat untuk mencari pelakon wanita berumur sekitar 20-an untuk mengisi kerusi pelakon wanita utama. 

Filem Spider-Man: Far From Home telah dijadualkan untuk tayangan pada 5 Julai 2019, di mana Tom Holland sendiri juga telah mengesahkan yang filem ketiga Spider-Man juga telah dirancang. Filem sambungan ini akan menampilkan Peter Parker di tahun pertamanya di Midtown School of Science and Technology susulan daripada kejadian yang berlaku dalam filem Avengers: Infinity War dan sambungannya nanti pada 2019.


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

أحدث أقدم