Hasbro Ingin Membawakan Siri Kartun MASK Ke Layar Perak?

Sumber dari Deadline menyatakan yang Paramount Pictures dan pengarah F. Gary Gray akan bekerjasama untuk membawakan siri kartun 80-an, MASK ke layar perak! Woohoo!



F. Gary Gray telah berada dalam industri filem selama hampir 30 tahun, mencipta nama melalui francais filem Friday selain menempa nama dalam filem biopik 2015, Straight Outta Compton, seterusnya disusuli oleh filem kelapan dalam siri filem Fast and Furious, iaitu The Fate of the Furious.

MASK, singkatan kepada Mobile Armored Strike Kommand, mengisahkan pasukan rahsia yang berjuang menentang organisasi jahat VENOM, iaitu singkatan kepada Vicious Evil Network of Mayhem. Francais kartun tersebut bertahan selama 3 tahun dan Hasbro telah menghasilkan pelbagai produk, termasuklah figura aksi, siri TV animasi, komik dan permainan video. MASK akan menyertai senarai filem-filem yang diadaptasi oleh syarikat permainan itu kepada filem, seperti Transformers dan filem Ouija.

Gray kini sedang menyiapkan pre-produksi untuk Sony bagi filem spin-off Men in Black menampilkan pelakon filem Thor: Ragnarok, iaitu Chris Hemsworth dan Tessa Thompson, yang dijadualkan untuk tayangan pada 17 Mei 2019.

Sebagai peminat filem yang membesar dengan kartun MASK, sudah tentunya kami teruja dengan pengumuman ini.

Lifter, on!


Sumber dari SuperheroHype

KOMEN ANDA

أحدث أقدم