Musim Kedua The Punisher Menampilkan Tiga Watak Baru



Marvel Entertainment telah mengesahkan tiga watak baru akan ditampilkan untuk siri Netflix, iaitu musim kedua The Punisher. Mereka yang dimaksudkan ialah Josh Stewart (Shooter), Floriana Lima (Supergirl) and Giorgia Whigham (Scream) dan mereka akan muncul dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) versi Netflix di samping pelakon utama, Jon Bernthal.



Josh Stewart akan membawakan watak John Pilgrim, Floriana Lima memainkan watak Krista Dumont, manakala Giorgia Whigham akan memainkan watak Amy Bendix.

Memetik kenyataan Jeph Loeb, iaitu Penerbit Eksekutif dan Ketua Marvel Television :

“Josh, Floriana and Giorgia are all remarkable talents and we can’t wait for the audience to see what we have in store for them in the second season of Marvel’s The Punisher. We are incredibly excited to have Josh, Floriana and Giorgia joining the cast of Marvel’s The Punisher and seeing them bring their talents to the next chapter in the Frank Castle story.

Stewart, Lima, dan Whigham akan menyertai Jon Bernthal yang kembali sebagai Frank Castle, Ben Barnes sebagai Billy Russo, Amber Rose Revah sebagai Dinah Madani, dan Jason R. Moore sebagai Curtis Hoyle.

Kesemua 13 episod dari musim pertama The Punisher telah boleh distrim di Netflix. Siri berkenaan mengisahkan seorang bekas anggota Marine (Jon Bernthal) yang keluar menuntut keadilan dan menghukum mereka yang bertanggungjawab atas kematian ahli keluarganya.


Sumber Comingsoon

KOMEN ANDA

أحدث أقدم