Terdapat khabar angin terbaru mengatakan yang Universal dalam perancangan mengadaptasikan siri TV klasik, The Six Million Dollar Man kepada filem, dengan pelakon Mark Wahlberg dikatakan akan membawakan watak utama.

Kepada yang tidak familiar dengan tahun 70/80an, siri TV The Six Million Dollar Man  mengisahkan angkasawan Steve Austin, yang ‘dibina semula’ dengan pelbagai peningkatan fizikal, setelah berdepan maut apabila pesawat dinaikinya terhempas.
Khabar angin tersebut turut mengatakan yang Universal telah mendekati pengarah Peter Berg untuk mengarahkan filem tersebut, namun belum ada pengesahan rasmi daripada Universal.
Kami suka dengan siri TV ini dulu. Sama naik dengan siri TV Bionic Woman. Tiba-tiba terkenang zaman kanak-kanak.
Sumber daripada Total Film

KOMEN ANDA

أحدث أقدم