Lionsgate telah mempertontonkan trailer terbaru bagi filem The Expendables 3Bakal ditayangkan pada 15 Ogos ini, filem aksi ini akan menampilkan ikon filem aksi seperti Sylvester Stallone, Jason Statham, Jet Li, Dolph Lundgren, Randy Couture, Terry Crews, Arnold Schwarzenegger, Wesley Snipes, Antonio Banderas, Mel Gibson, Harrison Ford, Kellan Lutz, Ronda Rousey, Victor Ortiz, Glen Powell dan Kelsey Grammer.
Dalam filem The Expendables 3, Barney (Stallone), Christmas (Statham) dan lain-lain ahli pasukan berhadapan dengan Conrad Stonebanks (Gibson), yang mana beberapa tahun sebelum menubuhkan bersama pasukan The Expendables bersama Barney. Stonebanks akhirnya bertukar menjadi penyeludup senjata api dan menjadi sasaran Barney untuk dibunuh. Misi terbaru ini menjadi saksi pertembungan klasik old-school vs kepakaran teknologi baru. Saksikan trailer filem ini di bawah :

Sumber daripada Comingsoon.net

KOMEN ANDA

أحدث أقدم