Walt Disney Pictures dan Marvel Studios telah mempertontonkan trailer antarabangsa terbaru bagi filem Guardians of the Galaxy, yang dibintangi oleh Chris Pratt, Zoe Saldana, Lee Pace, Djimon Hounsou, Benicio del Toro, John C. Reilly, Glenn Close, Karen Gillan, Gregg Henry, Michael Rooker, Vin Diesel dan Bradley Cooper.


Sebuah filem penuh aksi, pengembaraan angkasa lepas yang epik, filem Guardians of the Galaxy ini mengembangkan Marvel Cinematic Universe ke angkasa lepas, selepas paparan makhluk asing dalam filem The Avengers. Filem lain daripada biasa ini menampilkan watak separuh manusia, separuh makhluk asing : Peter Quill/ Star Lord, rakun yang obses dengan senjata : Rocket, humanoid berupa pokok : Groot, pembunuh upahan : Gamora dan si pembalas dendam : Drax the Destroyer.

Saksikan trailer terbaru filem ini di bawah :

Sumber daripada Comingsoon.net

KOMEN ANDA

أحدث أقدم