Bermula dengan pendedahan pengarah filem Pacific Rim, Guillermo del Toro awal bulan lalu bagaimana beliau dalam proses menulis skrip untuk sambungan filem berkenaan, kini Legendary Pictures dan Universal Studios pula mendedahkan yang filem Pacific Rim 2 telah dijadualkan untuk tayangan pada 7 April 2017!

Memetik kenyataan del Toro daripada laman Buzzfeed, “The characters I love will return. Raleigh, Mako, Newt, Gottlieb and who knows, maybe even Hannibal Chau – but we are taking them into a fresh territory that will display amazing sights and battles. The first film set the stage and now we’re ready to have a blast.”

Sebagai tambahan, beliau turut mengumumkan siri animasi dan kesinambungan novel grafik Pacific Rim: Tales from Year Zero sebelum ini. Filem pertama, yang dihasilkan dengan bajet $190 juta dan ditayangkan pada Julai 2013,memungut $411 juta keseluruhannya.
Mungkinkah akan ada Gipsy Danger versi baru yang lebih hebat selepas the original Gipsy Danger musnah dalam filem pertama dulu?
Sumber daripada Comingsoon.net

KOMEN ANDA

أحدث أقدم