Lionsgate telah mendedahkan teaser trailer untuk filem The Expendables 3! Bakal ditayangkan pada 15 Ogos 2014, sambungan ketiga filem The Expendables semakin menambah bilangan bintang filem-filem aksi dalam senarai pelakonnya seperti Sylvester Stallone, Jason Statham, Jet Li, Dolph Lundgren, Randy Couture, Terry Crews, Arnold Schwarzenegger, Wesley Snipes, Antonio Banderas, Mel Gibson, Harrison Ford, Kellan Lutz, Ronda Rousey, Victor Ortiz, Glen Powell dan Kelsey Grammar.


Dalam filem The Expendables 3, Barney (Stallone), Christmas (Statham) dan pasukannya berhadapan dengan Conrad Stonebanks (Gibson), yang sebelum ini bersama-sama Barney menubuhkan The Expendables. Stonebanks yang menjadi pengedah senjata api kini menjadikan grup The Expendables sebagai sasaran. Dan apabila menyebut filem The Expendables 3 dan juga melihat senarai pelakonnya, dah tentulah akan penuh dengan aksi-aksi yang hebat.

Walaupun hanya teaser trailer, boleh bikin tak sabar juga nak menanti tarikh tayangan filem ini nanti. Fuhhhh.


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

أحدث أقدم