Sekali lagi berjaya mendapat tiket wayang percuma daripada KLIPS. Kali ini untuk premiere screening filem lakonan Denzel Washington dan Mark Wahlberg. Premiere screening filem 2 Guns ini adalah pada 17 September 2013 lalu, jam 9.00 malam bertempat di TGV One Utama.


Filem 2 Guns mengisahkan seorang agen DEA dan pegawai risikan tentera laut US yang pada mulanya merancang rompakan bank milik kartel dadah di sebalik tugas rasmi masing-masing. Mereka kemudiannya terperangkap disebabkan perancangan pihak atasan yang mereka tak ketahui, dan mereka menjadi orang buruan semua pihak kerana telah mencuri $43 juta dollar dari bank yang menyimpan duit yang sebenarnya milik CIA. Semasa dalam buruan, barulah masing-masing tahu yang kedua-dua mereka dalam penyamaran untuk membongkar komplot yang sama.

Bila melihat saja filem 2 Guns dilakonkan oleh Denzel Washington dan Mark Wahlberg, aku dah tau ini memang filem yang bagus. Dan tak salah sangkaan aku dari bermulanya filem sampailah habis, memang penuh dengan aksi dan elemen humor. Dinamik di antara kedua-dua pelakon hebat ini memang menarik, dan ada banyak twist yang tak disangka-sangka.

Filem 2 Guns masih ditayangkan di pawagam. Kalau ada kelapangan, bolehlah pergi menonton. Kalau nak tau sedikit sebanyak tentang filem ini, trailer bagi filem ini disertakan di bawah :




Secara keseluruhannya, aku bagi 4/5 bintang bagi filem 2 Guns.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم