Aku tak pernah membaca Hikayat Merong Mahawangsa secara penuh (boleh baca tentang hikayat ini di Wikipedia), cuma hanya pernah mendengar nama Merong Mahawangsa sahaja yang dikatakan sebagai pengasas negeri Langkasuka/ Kedah. Dan dari tahun lepas lagi aku dah menonton trailer tentang filem Hikayat Merong Mahawangsa ini yang dihasilkan oleh KRU Studios. Agak mengagumkan pada aku bila melihat trailer filem hasil arahan anak tempatan ni.


Baru berkesempatan menonton filem ini petang semalam dan apa yang boleh aku katakan, aku kagum. Kagum dengan hasil garapan anak tempatan. Ye, walaupun ramai yang mempertikaikan tentang bahasa la, CGI la, lakonan la, itu la, ini la, tapi kalau nak dibandingkan filem luar pun, takde la perfect mana pun.

Dan ini sedikit sebanyak review dari aku :

Jalan cerita : Bila berbincang soal filem yang diadaptasi dari buku, memang akan ada elemen yang akan ditokok tambah dan diubahsuai untuk disesuaikan dengan jalan cerita dan menjadi lebih 'mudah hadam' untuk para penonton. Amalan ni sama je macam adaptasi filem dari buku luar negara pun. Kudos to Yusry Abd Halim sebab berjaya menghasilkan filem adaptasi buku yang jalan ceritanya 'boleh diterima' dalam zaman ini.

Pakaian dan props : Soal pakaian dan props, I have no comment at all. Pada aku, apa yang dihasilkan dengan bajet yang terhad adalah lebih dari cukup. Of course penonton akan bandingkan dengan props dan pakaian filem epik fantasi dari luar, Hollywood sebagai contoh. Tapi aku bangga, dengan bajet terhad, props yang dibina menjadi believable di mata penonton.

Penggunaan CGI : Ini juga satu cabaran dalam pembikinan filem ni. Aku rasa penggunaan CGI dalam filem ni banyak juga, tapi tak la berlebih-lebihan. Adegan perlawanan antara orang-orang kampung dan lanun Geruda juga dizahirkan dengan menarik tanpa bergantung sangat pada CGI.

Watak lanun Geruda : Satu langkah yang bijak bagi Yusry menukarkan watak burung gergasi Geruda kepada sekumpulan lanun ganas yang tiada belas kasihan. Aku rasa kalau guna watak burung Geruda, kesannya jadi kurang dramatik dan boring. Takkan nak serang burung Geruda je dari kapal Jentayu tu. Tak hidup la aksi perlawanan kalau macam tu.

Watak latar tentera Merong Mahawangsa/ lanun Geruda : Yang ini kena beri penekanan sikit. Sebab rata-rata pelakon latar ni, walaupun digambarkan sebagai petani biasa, tapi bila kamera tunjuk muka sorang-sorang, dah macam muka rempit.

Archimedes death ray : Untuk scene yang ini aku agak LOL dan terpinga-pinga. Bukan sebab musykil yang Archimedes death ray ni akan benar-benar berfungsi di dunia nyata, sebab memang dah terbukti dengan kajian oleh MIT di ujikaji INI. Cuma aku rasa cara penonjolan penggunaan alat tersebut agak menimbulkan tanda tanya. Macam tak digarap sepenuhnya. Dan the way pelakon latar lanun Geruda react to the ray? Double LOL. Macam terjun sendiri ke dalam laut. Bukan sebab mati kerana death ray tu dan terjatuh ke dalam laut.

Dialog : Pun agak tertanya-tanya, terutamanya bila Laksamana China keluarkan arahan kepada tenteranya untuk serang lanun Geruda. Kenapa guna bahasa Inggeris? Kenapa tak gunakan bahasa Cina?

Dan selebihnya, apa kata korang tonton dan nilai sendiri filem ni. Pada aku, aku puas hati dengan cara perjalanan filem ni. Cuma ada beberapa adegan yang kelihatan agak rushing dan tak dijelaskan sewajarnya. Dan dengan bajet yang diperuntukkan, aku puas hati dengan apa hasil yang aku tonton semalam. RM7 well spent, I tell you.

Dan Khir Rahman memang menonjol sebagai Kamawas, orang kanan Taji (ketua kumpulan lanun Geruda). Ekspresi muka, gaya menutur dialog, dan jugak one-liner yang bijak dan kelakar dalam masa yang sama. Pendek kata, Merong pun tak menonjol wataknya macam Kamawas ni.

Kalaulah diberi lebih peruntukan, agaknya apa yang pasukan penggambaran ni boleh capai? Hurmmm.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم