Setelah berita mengatakan berkemungkinan akan melancarkan filem mereka terus ke laman digital dan penstriman, kini laporan terbaharu menyatakan yang Warner Bros. sebaliknya akan menangguhkan tarikh tayangan filem terbaharu mereka iaitu Wonder Woman 1984.



BERKAITANSaksikan Trailer Pertama Filem Wonder Woman 1984 - Bakal Ditayangkan Tahun Hadapan

Memetik kenyataan Toby Emmerich, Pengerusi Warner Bros. Pictures Group, belau berkata :

“When we greenlit Wonder Woman 1984, it was with every intention to be viewed on the big screen and are excited to announce that Warner Bros. Pictures will be bringing the film to theatres on Aug. 14. We hope the world will be in a safer and healthier place by then".

Filem terbaharu Wonder Woman ini menyaksikannya berdepan dengan penjahat baharu, iaitu The Cheetah. Gal Gadot kembali melakonkan watak Diana Prince/ Wonder Woman, manakala Kristen Wiig pula melakonkan watak The Cheetah. Selain itu, Chris Pine turut kembali sebagai Steve Trevor walaupun telah menemui ajal dalam filem terdahulu.

Patty Jenkins kembali mengarahkan filem Wonder Woman 1984, manakala Jenkins, Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Stephen Jones, dan Gal Gadot bertindak sebagai penerbit.

Filem Wonder Woman 1984 sepatutnya dijadualkan untuk tayangan pada 5 Jun ini, dan merupakan watak berdasarkan komik DC hasil karya William Moulton Marston. Filem Wonder Woman 1984 kini dijadualkan untuk tayangan pada 14 Ogos 2020.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم