Tayangan Filem No Time To Die Ditunda Akibat COVID-19

Penyebaran wabak coronavirus atau COVID-19 memberikan impak yang besar di seluruh dunia. Dunia perfileman juga kini terkesan dengan penularan wabak berkenaan. Terkini, filem terbaharu James Bond, iaitu No Time To Die turut menerima nasib yang sama. Tayangan filem No Time To Die kini telah ditunda ke bulan November susulan wabak COVID-19.


Langkah berkenaan juga dilihat sebagai usaha studio perfileman dan penerbit filem berkenaan untuk membuat penilaian keseluruhan terhadap jangkaan kutipan filem No Time To Die, apatah lagi terdapat laporan kini yang kutipan tayangan filem di China telah merosot sehingga mencecah USD2 billion semenjak wabak berkenaan dikesan.

BERKAITAN: Saksikan Trailer Pertama Filem No Time To Die - Filem Terbaharu James Bond

Berikut adalah kenyataan rasmi dari akaun media sosial rasmi 007 :

“MGM, Universal and Bond producers, Michael G. Wilson and Barbara Broccoli, announced today that after careful consideration and thorough evaluation of the global theatrical marketplace, the release of NO TIME TO DIE will be postponed until November 2020. The film will be released in the U.K. on November 12, 2020 with worldwide release dates to follow, including the US launch on November 25, 2020.”

BERKAITAN: Daniel Craig Tercedera Semasa Penggambaran - Produksi Bond 25 Dihentikan Sementara

Filem No Time To Die menyaksikan Daniel Craig kembali sebagai James Bond/ 007 untuk kali ke-5 dan terakhir, dan pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada 2 April ini. Filem berkenaan turut dibintangi oleh Léa Seydoux, Ralph Fiennes, Ben Whishaw, Naomie Harris, Ana de Armas, Jeffrey Wright, dan Lashana Lynch, manakala Christoph Waltz akan melakonkan watak penjahatbernama Blofeld, dan Rami Malek sebagai penjahat bernama Safin.

Susulan penundaan tarikh tayangan berkenaan, filem No Time To Die kini akan menemui penonton di pawagam pada 12 November 2020.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم