Aktor Tom Hanks Disahkan Positif COVID-19

Aktor ternama Hollywood dan juga pemenang Anugerah Oscar, Tom Hanks telah mengumumkan di laman sosial peribadinya yang mana beliau dan isterinya Rita Wilson telah disahkan positif dijangkiti COVID-19.


Hanks telah mendedahkan berita tersebut di laman Twitter peribadinya, ketika beliau dan isterinya berada di Australia and telah jatuh sakit. Beliau turut menyatakan mereka didapati positif COVID-19 selepas menjalani pemeriksaan kesihatan dan mengadu penat, menghidap selesema dan kesakitan di bahagian badan.

Hanks kini bekerjasama dengan anggota perubatan di Austalia dan mengikuti segala protokol yang ditetapkan, dan akan diasingkan untuk tempoh tertentu untuk memantau kesihatan mereka dan mengesan kontak rapat sepanjang mereka di Australia.

Berita Tom Hanks yang disahkan positif COVID-19 ini mengejutkan ramai pihak dan peminat, yang mana tidak berhenti memberikan sokongan dan ucapan semoga bintang kegemaran mereka itu cepat sembuh dan terus berusaha mengekalkan kesihatan mereka.

Wabak COVID-19 kini dikelaskan sebagai pandemik oleh World Health Organization (WHO), dan menjejaskan urusan seharian warga dunia dan mencatatkan penularan kes yang semakin membimbangkan.


KOMEN ANDA

أحدث أقدم