filem keempat dalam siri filem Rock, diberi tajuk  Rock 4: Rockers Never Dai akan mula ditayangkan di pawagam tempatan mulai hari ini!



Filem Rock (2005) mencatatkan sambutan yang memberangsangkan, dan kembali menghidupkan nostalgia rock kapak suatu masa dahulu. Filem sambungannya pula iaitu Rock Oo! Rimba Bara Kembali (2013) dan Rock Bro (2016) juga menerima sambutan yang menggalakkan dari peminat filem tempatan. Kini, filem keempat dalam siri filem Rock, diberi tajuk  Rock 4: Rockers Never Dai akan mula ditayangkan di pawagam tempatan mulai hari ini!

Filem Rock 4: Rockers Never Dai diterajui oleh Hazama dan Sharwani NS, dengan dibantu oleh muka baharu seperti Adam John, Nazimi Fahmi dan Bulan Terry yang telah menubuhkan kumpulan muzik terbaharu dikenali dengan nama Rimba Bara 2. Macam pernah dengar kan nama kumpulan tu? Ya, kumpulan Rimba Bara merupakan kumpulan utama yang ditampilkan dalam filem-filem Rock sebelum ini.


Rock 4: Rockers Never Dai mengisahkan perjalanan hidup Ronnie James Dio (lakonan Sharwani NS) yang tersedar selepas 20 tahun berada dalam keadaan koma akibat kemalangan jalan raya. Beliau teringat kembali pengalaman lampaunya dengan kumpulan Rimba Bara, dan memutuskan untuk menubuhkan kumpulan muzik baharu iaitu Rimba Bara 2. Walau bagaimanapun, dia mendapati dirinya berhadapan dengan cabaran hebat memandangkan trend dan scene muzik semasa telahpun berubah, dan bukan lagi berteraskan zaman rock kapak. Filem Rock 4: Rockers Never Dai mengupas kisah filem ini dari pandangan mata Dio, dan cabarannya untuk menaikkan semula nama kumpulan Rimba Bara 2. Apakah kesudahan filem Rock 4: Rockers Never Dai ini nanti?

Filem Rock 4: Rockers Never Dai diarahkan oleh Mamat Khalid dengan masa tayangan selama 1 jam 50 minit.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم