Penggambaran Filem Berdasarkan Watak Kartun He-Man, Masters of the Universe Bakal Dimulakan!

Bercakap kepada MTV News, Noah Centineo berkongsikan pengalamannya melakonkan watak He-Man dalam filem terbaru terbitan Sony yang merupakan versi pembikinan semula filem Masters of the Universe. Mereka yang membesar di zaman 80-an dan awal 90-an sememangnya mengikuti siri kartun He-Man suatu masa dahulu, apatah lagi dulu bukannya ada banyak saluran TV (atau hiburan) sepertimana sekarang.


Memetik kenyataan Centineo :

“It’s a really big responsibility. It’s a new universe and it’s a new studio and their take on a universe. The Nee brothers, Adam and Aaron Nee, they’re directing it, and they’re the filmmakers in charge of the story, and they are doing one hell of a job developing the world and all these things, so. I can’t tell you what tone they’re going for, but they’re genius, so.


Menurut Centineo juga, beliau banyak kali berlatih menyebut baris perkataan ikonik dari siri kartun (iaitu "for the power of Grayskull"), dan menurutnya “I’ve been screaming it until my voice is vocally fried, man.”

Dolph Lundgren melakonkan watak He-Man dalam filem pertama Masters of the Universe pada 1987. Walau bagaimanapun, watak He-Man telah muncul seawal tahun  1982 apabila Mattel melancarkan barisan alat permainan Masters of the Universe. Seterusnya, siri kartun He-Man and the Masters of the Universe menjadikan He-Man antara watak ikonik di zaman 80-an.

Sony telah cuba menghidupkan produksi filem Masters of the Universe untuk beberapa tahun ini, dengan penulis filem Iron Man, Matt Holloway dan Art Marcum telah menulis semula beberapa deraf awal filem tersebut.

Produksi filem Masters of the Universe dijangka akan bermula pada Julai ini di Prague, dengan tarikh tayangannya dijangka pada 5 Mac 2021.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم