Filem Avengers: Endgame Melepasi Kutipan USD2 Bilion Hanya Selepas 11 Hari Ditayangkan!


Lebih kurang satu dekad lalu, Disney telah membeli kepentingan dalam Marvel dengan nilai USD4 bilion. Ternyata kini pelaburan itu amat berbaloi apabila filem terbaru mereka, Avengers: Endgame teah berjaya memecahkan satu lagi rekod box office


Seperti dilaporkan Variety, filem Avengers: Endgame telah mencatatkan kutipan sebanyak USD2 bilion di seluruh dunia hanya selepas 11 hari ditayangkan di pawagam! Sebagai perbandingan, filem Avengers: Infinity War hanya mencecah kutipan USD1 bilion bagi tempoh sama, tahun lepas. Di samping filem Avengers: Endgame dan Avengers: Infinity War, hanya terdapat 3 filem lain yang berjaya mencecah kutipan sebanyak USD2 bilion iaitu Avatar, Titanic dan juga Star Wars Episode VII: The Force Awakens


Kini, persoalannya, bilakah agaknya filem Avengers: Endgame akan menyamai ataupun memecahkan rekod kutipan tertinggi filem, iaitu USD2.78 bilion yang kini dipegang oleh filem Avatar? Berjaya Avengers: Endgame memecahkan rekod berkenaan, atau tewas jua akhirnya? Sudah tentunya nanti keterujaan penonton filem akan mencatatkan trend penurunan. Namun, masih ada peluang bagi Avengers: Endgame untuk mencatatkan kutipan lebih tinggi, malahan ada yang meramalkan mungkin juga berjaya mencatatkan rekod sehingga USD3 bilion, jika popularitinya terus meningkat naik.  


KOMEN ANDA

أحدث أقدم