Saksikan Trailer Spider-Man: Far From Home - Sut Baru, Poster Baru Dan Mysterio Diperlihatkan!



Setelah menunggu agak lama selepas selesai penggambaran filem Spider-Man: Far From Home dan khabar angin tayangan trailer pertama filem berkenaan, kini semua peminat filem Marvel boleh menarik nafas lega, kerana trailer filem Spider-Man: Far From Home! Saksikan trailer terbaru filem Spider-Man: Far From Home (beserta pandang pertama Mysterio beraksi dengan helmet fish bowl ikoniknya) di bawah :


Sebelum ini pun kami ada berkongsikan gambar Spider-Man dengan sut terbarunya, yang turut ditampilkan dalam trailer ini. Selain trailer filem Spider-Man: Far From Home, turut diperlihatkan adalah poster filem Spider-Man: Far From Home yang boleh dilihat di bawah:



Sebelum ini, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige mengesahkan sambungan filem Spider-Man akan menyaksikan Peter Parker keluar dari kawasan kejiranannya di New York, untuk mengembara ke Eropah sebelum kejadian dalam filem Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame.

Holland juga sebelum ini ada menyatakan yang filem Spider-Man ketiga juga telah disahkan penghasilannya, yang akan menyaksikan Peter Parker di tahun pertamanya di Midtown School of Science and Technology selepas sahaja kejadian dalam filem Avengers: Infinity War (2018) dan Avengers: Endgame (2019).

Barisan pelakon untuk filem Spider-Man: Far From Home adalah Tom Holland (sebagai Peter Parker/ Spider-Man), Zendaya (sebagai MJ) dan Marisa Tomei (sebagai Aunt May). Jake Gyllenhaal akan melakonkan watak Mysterio, manakala Michael Keaton akan kembali sebagai Adrian Toomes/The Vulture. Berdasarkan trailer di atas juga, Samuel L. Jackson (Captain Marvel) dan Cobie Smulders turut akan muncul dalam filem ini dan menyambung watak mereka sebagai Nick Fury and Maria Hill.

Filem Spider-Man: Far From Home diarahkan oleh Jon Watts dan dijadualkan untuk tayangan pada 5 Julai 2019.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم