Bilakah Filem Black Widow Akan Memulakan Penggambaran?

Marvel Studios agak berhati-hati dengan pengumuman filem terbaru mereka, apatah lagi sebelum ini ada penetapan hanya 3 sahaja filem MCU akan dihasilkan dalam setahun. Walaupun belum ada pengumuman rasmi tentang filem solo Black Widow, kini laporan dari Geeks WorldWide menyatakan yang filem Black Widow akan memulakan penggambaran pada tahun ini! 


Menurut Omega Underground, mereka telahpun menerima pengesahan yang filem solo Black Widow/ Natasha Romanoff akan memulakan penggambaran pada bulan Februari 2019, berkemungkinan pada 28 Februari. Memandangkan kini penghasilan filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 telah ditangguhkan, kini filem Black Widow menjadi keutamaan Marvel Studios.

Turut dilaporkan adalah kemungkinan pengarah Berlin Syndrome, Cate Shortland akan mengarahkan filem Black Widow, menjadikannya filem pertama MCU akan diarahkan pengarah wanita. 

KOMEN ANDA

أحدث أقدم