Filem Aquaman Kini Merupakan Filem Superhero DC Dengan Kutipan Paling Tinggi!

Selepas berjaya mencatatkan sejarah sebagai antara filem yang berjaya mencecah kutipan USD1 bilion, kini filem Aquaman mencatatkan satu lagi sejarah tersendiri! Filem Aquaman secara rasminya kini diangkat sebagai filem superhero DC yang mencatatkan kutipan paling tinggi dalam sejarah, mengatasi filem arahan Christopher Nolan, The Dark Knight Rises.


Menurut Box Office Mojo, filem Aquaman telah mengutip sejumlah USD1.09 bilion keseluruhan. Ini mengatasi rekod kutipan filem The Dark Knight Rises, yang mengutip sebanyak USD1.08 bilion ketika ditayangkan pada tahun 2012. Secara keseluruhannya, filem Aquaman kini merupakan filem superhero yang mencatatkan kutipan ke-8 paling tinggi dalam sejarah.

Dengan kejayaan ini juga, Warner Bros. telah mula merangka strategi untuk menghasilkan sambungan filem Aquaman, walaupun James Wan masih menantikan skrip yang baik sebelum bersetuju untuk kembali ke kerusi pengarah.

Filem Aquaman dibintangi Jason Momoa sebagai Aquaman, Amber Heard sebagai Mera, Patrick Wilson sebagai Orm, Willem Dafoe sebagai Vulko, Yahya Abdul-Mateen II sebagai Black Manta, Temuera Morrison sebagai Thomas Curry, Dolph Lundgren sebagai  Nereus, dan Nicole Kidman sebagai Permaisuri Atlanna.

Jangan lupa baca review filem Aquaman dan rating yang kami berikan untuk filem Aquaman ini.



KOMEN ANDA

أحدث أقدم