Filem Tamil 3D Pertama Lakonan Rajinikanth - Bertajuk 2.0

Sebuah filem yang ditunggu-tunggu peminat bintang filem terkemuka Rajinikanth, 2.0 menampilkan kelainan melalui penampilan efek khas yang amat mengagumkan.



Sekuel filem blockbuster Enthiran (Robot) yang dikeluarkan pada 2010 ini mendapat sambutan melangkaui jangkaan apabila tiket untuk minggu pertama tayangannya di kebanyakan pawagam habis dijual.

Filem bergenre fiksyen sains itu yang mula ditayangkan bermula Khamis di seluruh dunia berkisar tentang seorang saintis membantu kerajaan menyiasat satu ancaman yang melangkaui pemikiran menggunakan robotnya. 

Diarahkan oleh S. Shankar, filem 2.0 yang menelan belanja US$76 juta itu merupakan antara filem termahal di India dan dijangka mencipta  ‘tsunami’ sebagai filem terlaris.

Filem Tamil 3D pertama ini hadir dalam tiga bahasa iaitu Tamil, Telugu dan Hindi dan ditayangkan di 200 pawagam di seluruh negara iaitu 60 panggung dalam format 3D dan bakinya 2D.

Pawagam di Malaysia juga telah menambah kekerapan tayangan berikutan sambutan luar biasa dan permintaan tinggi peminat tempatan, lapor Bernama.

Selain Rajinikanth, filem 2.0 turut menampilkan bintang Bollywood, Akshay Kumar dan komposer muzik pemenang anugerah Oscar, AR Rahman sebagai pengarah muzik.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم