Siri Daredevil Pula Dibatalkan Oleh Netflix Selepas Tiga Musim

Siri Netflix Marvel, iaitu Daredevil, menjadi siri terbaru yang dibatalkan oleh saluran penstriman itu selepas pengumuman pembatalan siri Iron Fist dan Luke Cage sebelum ini.



Deadline melaporkan menerima kenyataan bertulis dari Netflix yang menyatakan :

“Marvel’s Daredevil will not return for a fourth season on Netflix. We are tremendously proud of the show’s last and final season and although it’s painful for the fans, we feel it best to close this chapter on a high note. We’re thankful to showrunner Erik Oleson, the show’s writers, stellar crew and incredible cast including Charlie Cox as Daredevil himself, and we’re grateful to the fans who have supported the show over the years. While the series on Netflix has ended, the three existing seasons will remain on the service for years to come, while the Daredevil character will live on in future projects for Marvel.”

Selepas pengumuman pembatalan siri Netflix Iron Fist, Luke Cage dan kini Daredevil, ini bermakna hanya siri The Punisher dan Jessica Jones sahaja yang masih 'terselamat' di saluran Netflix. The Punisher akan kembali untuk musim kedua pada awal 2019, manakala musim terbaru Jessica Jones kini dalam proses produksi. 

Pengakhiran Daredevil musim ketiga adalah tergantung, yang memberikan harapan untuk musim terbaru buat para peminatnya. Apatah lagi dengan kemunculan watak Bullseye dan kemungkinan munculnya watak-watak dari line-up X-Men. 

Ataupun adakah sebenarnya pembatalan siri-siri Marvel di Netflix adalah sebenarnya perancangan Disney yang kini sedang giat mempersiapkan senarai siri-siri yang akan ditayangkan di laman penstriman milik mereka sendiri, iaitu Disney+?


KOMEN ANDA

أحدث أقدم