Akibat Degil, Penyebar Munafik 2 Secara Haram Di Facebook Didenda RM100,000

Akibat menyebarkan filem Munafik 2 tanpa kebenaran di Facebook, seorang pemuda diarahkan membayar RM100,000 sebagai ganti rugi kepada Skop Productions Sdn Bhd. Perkara itu disahkan oleh pengarahnya, Syamsul Yusof menerusi akaun Instagramnya.


Sebagai rekod, filem Munafik 2 adalah filem melayu pertama yang berjaya mengutip RM40 juta di pawagam dalam masa 17 hari tayangan.




Sy dah warning sebelumni jangan sebarkan clip/full movie Munafik 2 di media social,tapi degil. Akhirnya mahkamah jatuh hukum pd pesalah utk membayar ganti rugi Rm 100 ribu kpd pihak Skop Productions. . Ramai lagi bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama sebarkan clip/full movie filem di media social. . WAHAI FINAS,WAHAI KERAJAAN BARU, TOLONGLAH BUKA MATA ISU CETAK ROMPAK FILEM TEMPATAN YG TAKDE KESUDAHAN NI. SAMA ADA CETAK ROMPAK TEPI JALAN ATAU PUN MEDIA SOCIAL. KITA PERLUKAN UNDANG2 BARU YG LEBIH KETAT. . @munafik2movie "Taiping, 13 November - Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Asmadi Bin Hussin, Plaintif-Plaintif serta Defendan telah merekodkan perintah-perintah dan hendaklah membayar sebanyak RM 100,000 kepada Skop Productions, dan dihalang daripada melanggar hakcipta untuk filem Munafik 2; memuat naik filem Munafik 2 dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan. . #munafik2 #hakcipta Video Credit: @thehitmannazri @finasmalaysia @skmm_mcmc @gobindsinghdeo
A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

Dalam keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Taiping, defendan Muhammad Izwan Shah Kamal Shah diarahkan membayar sejumlah RM100,000 kepada Skop Productions. Defendan juga dihalang melanggar hak cipta plaintif-plaintif untuk filem Munafik 2, memuat naik mana-mana bahagian daripada filem Munafik 2 dalam apa-apa bentuk dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan plaintif-plaintif.

Tindakan mahkamah ini diambil oleh Pengarah Urusan Skop Productions, Datuk Yusof Haslam dan Syamsul apabila terdapat individu melanggar hak cipta filem dengan memuat naik filem Munafik 2 ke media sosial Instagram dan Facebook. Mereka juga membuat laporan polis berkenaan hal ini di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur pada 20 September lalu.

Muhammad Izwan juga berkongsi rasa bersalahnya menerusi status Facebook. Beliau menyatakan bersyukur hanya diarahkan membayar RM100,000 dan tidak dikenakan hukuman penjara. Beliau mengakui kesilapannya memuat naik secara haram filem Munafik 2 di Facebook dan berpesan, kecanggihan dunia zaman sekarang membuatkan sebarang mesej anda di alam maya boleh dikesan dengan mudah.

Harapnya perkara ini menjadi pengajaran kepada semua, terutamanya kepada yang suka berkongsi perkara-perkara melibatkan hak cipta di media sosial. Semaklah dulu sebarang berita yang ingin disebarkan kerana penyebaran berita palsu juga boleh dikenakan tindakan.

[Sumber: Harian Metro]

KOMEN ANDA

أحدث أقدم