Poster Pertama Filem Hellboy Diperlihatkan - Lebih "Hell" Dari Filem Sebelumnya?



Sudah bersedia untuk filem terbaru Hellboy? Selepas beberapa tahun tiada perkembangan terbaru, kini Hellboy dijadualkan untuk tayangan pada tahun hadapan, dan poster filem baru berkenaan baru diperlihatkan, ihsan dari Entertainment Weekly. Saksikan di bawah :



Seperti yang dapat dilihat, poster terbaru Hellboy ini, dengan tagline "Legendary AF" didedahkan sejurus sebelum New York Comic Con yang dijadualkan pada hujung minggu ini. Filem tersebut dikatakan bakal menampilkan kuasa Hellboy yang tidak pernah dipaparkan sebelum ini di layar perak.

Panel dari filem tersebut akan muncul di New York Comic Con pada hari Sabtu ini, dan akan menampilkan David Harbour, Ian McShane, Daniel Dae Kim dan Sasha Lane. Pencipta watak Hellboy, Mike Mignola juga dikhabarkan akan hadir di acara tersebut.

Diarahkan oleh Neil Marshall, filem Hellboy dijadualkan untuk tayangan pada 12 April 2019.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم