Filem Munafik 2 Mengutip RM30 Juta Selepas 10 Hari Tayangan?

Filem Munafik 2 telah melakar sejarah baru tayangan filem tempatan apabila menjadi filem tempatan dan Melayu pertama yag berjaya meraih kutipan RM30 juta hanya dalam masa 10 hari tayangan, menurut laporan dari Astro Awani.



Syamsul menerusi laman Instagramnya berkongsi berita gembira ini dan mengharapkan Munafik  2 terus melakar kejayaan dan menjadi pilihan penonton semenjak mula ditayangkan pada 30 Ogos lalu.

Malah pengarah muda ini juga turut meluahkan rasa syukurnya, selain ucapan terima kasih buat peminat filem Melayu yang terus memberikan sokongan kepada filem ini.

“Munafik 2 breaks all record as fastest Malay film to hit 30 million in just 10 days.

“Mencecah kutipan RM 30 juta hanya dalam 10 hari tayangan. Suatu fenomena luar biasa sinema Malaysia.

“Alhamdulillah dan terima kasih. Majulah industri filem Malaysia. Saksikan filem Munafik 2 - Fisabilillah dipawagam sekarang,” tulis Syamsul sebagai kapsyen.

Selain Syamsul sebagai pelakon utama, Munafik 2 turut dibintangi barisan pelakon seperti Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan Fauzi Nawawi.
     

KOMEN ANDA

أحدث أقدم