Sumber dari The Hollywood Reporter menyatakan yang Steven Spielberg bercadang untuk melakukan penggambaran filem kelima Indiana Jones pada tahun 2019 dengan tayangan dijangkakan pada tahun 2020. Selain Indiana Jones, beliau juga dikhabarkan akan turut mengarahkan versi baru filem West Side Story, yang akan memulakan pencarian pelakon pada minggu ini. Ini mengundang spekulasi baru yang mana siri West Side Story mungkin akan dijadikan filem terbarunya.


Indiana Jones 5 pada awalnya telah diumumkan pada Mac 2016, dan agak lama untuk menantikan perkembangan terbaru filem berkenaan, selepas filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull yang mendapat kritikan daripada peminat filem berkenaan.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم