Danny Boyle Calon Utama Untuk Mengarahkan Filem Terbaru James Bond?

Filem terbaru James Bond masih belum menemui pengarahnya walaupun tarikh tayangan 2019 yang semakin hampir. Walau bagaimanapun, laporan terbaru menyatakan kemungkinan ada satu nama yang dikaitkan dengan filem tersebut, iaitu Danny Boyle.



Danny Boyle merupakan pengarah dan pemenang anugerah Oscar melalui filem arahannya, Slumdog Millionaire; selain turut mengarahkan filem 28 Days Later dan Trainspotting. Variety melaporkan reports beliau merupakan calon utama, namun masih belum ada tawaran dibuat untuk mengarahkan filem ke-25 James Bond itu. 

Filem ke-25 James Bond film dijadualkan untuk tayangan pada 8 November 2019. Daniel Craig telahpun disahkan untuk kembali membawakan watak James Bond.

Walaupun begitu, semua ini masih belum disahkan. Nantikan perkembangan terbaru filem ke-25 James Bond ini untuk perkembangan selanjutnya. 

#sembangfilem

KOMEN ANDA

أحدث أقدم