Filem Jumanji: Welcome to the Jungle kini mencatat rekod kejutan box office tertinggi pada tahun 2017, mengenepikan filem Spider-Man: Homecoming di pasaran domestik Amerika Syarikat.



Tiada siapa pun menjangkakan filem Jumanji akan mencapai kejayaan seperti ini. Di saat Sony mengumumkan untuk menghasilkan versi reboot filem berkenaan, peminat filem asal menjadi berbelah bahagi. Ada yang merasakan reboot filem berkenaan merupakan suatu gurauan pelik, memandangkan kematian pelakon asal, Robin Williams yang masih terlalu baharu. Namun, kini Jumanji secara rasminya menjadi filem Sony paling berjaya untuk tahun 2017.

Menurut Box Office Mojo, filem itu kini telah mengatasi filem Spider-Man: Homecoming dalam pasaran domestik Amerika, di mana Homecoming mencatatkan kutipan USD334 juta, manakala Jumanji mencatatkan kutipan USD338 juta. Filem Jumanji masih mencatatkan kutipan yang baik di pasaran antarabangsa, dan tidak mustahil jika ianya boleh memecahkan rekod kutipan Homecoming di pasaran antarabangsa iaitu sebanyak USD880 juta.



Pawagam moden kini didominasi oleh francais filem superhero dibarisi ramai pelakon hebat. Filem Jumanji dilihat sebagai pemecah tradisi, dan tidaklah hanya bergantung kepada genre superhero sahaja untuk menarik penonton. Apatah lagi Sony yang sering dianggap studio bermasalah yang seringkali berdepan risiko untuk mendapatkan keuntungan.

KOMEN ANDA

أحدث أقدم