Terima kasih kepada Nuffnang kerana memberikan kami tiket untuk Premiere Screening filem The Maze Runner yang telahpun kami tonton pada 7 September 2014. Filem ini adalah berdasarkan buku The Maze Runner karya James Dashner pada 2009.


Filem The Maze Runner mengisahkan seorang remaja, Thomas ( Dylan O'Brien ) terjaga dan tiba-tiba mendapati dirinya terperangkap di sebuah tempat dipanggil The Glade, dan dikelilingi oleh pagar sesat yang luas. Tanpa apa-apa memori silam yang boleh membantunya, sedikit demi sedikit ingatannya pulih untuk membantunya menyelesaikan misteri tersebut. The Glade turut didiami oleh remaja lelaki lain, kesemuanya tidak mempunyai memori kehidupan mereka sebelum ini. Dari semasa ke semasa pintu pagar sesat akan terbuka, membolehkan remaja-remaja lelaki (dipanggil Runners) untuk pergi ke dalamnya dan setiap hari cuba memetakan laluan dan mencari jalan untuk melepaskan diri dari perangkap pagar sesat berkenaan. Pada malam harinya, pintu pagar sesat akan tertutup dan melindungi mereka dari ancaman binatang ganas dipanggil Grievers. 


Segala-galanya mula berubah dengan kehadiran Thomas sendiri, dan akhirnya ketibaan seorang gadis, Teresa (Kaya Scodelario) yang mengenali Thomas, Mereka akhirnya berusaha membantu remaja lain untuk mencari laluan untuk kebebasan dan tidak terperangkap dalam pagar sesat buat selama-lamanya. 

Filem The Maze Runner berjaya mewujudkan penceritaan yang mudah, walaupun tidak dinyatakan latar belakang tahun untuk setup filem ini. Dan selepas menonton filem The Maze Runner, sebenarnya kami keluar dengan penuh persoalan. 


Dari manakah datangnya Grievers berkenaan? Siapakah yang mencipta Grievers yang separuh organik dan separuh robotik? Kenapa mereka ditempatkan di The Glade? Kenapa ada seorang gadis pula tiba-tiba dihantar sedangkan sebelum ini kesemuanya lelaki yang dihantar?

Kami percaya persoalan ini semuanya terjawab di dalam buku seperti dinyatakan. Tetapi bagi kami dan juga penonton filem The Maze Runner yang mungkin tidak sedar kewujudan buku ini akan merasa tertanya-tanya tentang perjalanan filem ini. 

Kami memberikan 3/5 bintang untuk filem The Maze Runner.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post