Satu lagi filem superhero versi reboot ditunda tarikh tayangannya. Fox telah memutuskan filem Fantastic Four ditunda tayangannya kepada 2015, mengambil ruang yang diperuntukkan untuk filem beradasarkan permainan video, Assassin’s Creed.


Pada awalnya, filem Fantastic Four dijadualkan untuk tayangan pada 16 Jun 2015, tetapi kini ditunda beberapa bulan dan akan ditayangkan pada 7 Ogos 2015 pula.

Manakala filem Assassin’s Creed yang pada awalnya akan ditayangkan pada Ogos 2015, kini ditunda ke tarikh yang masih belum dinyatakan.

Filem reboot Fantastic Four ini akan diarahkan oleh Josh Trank dan dibintangi oleh Kate Mara, Miles Teller, Jamie Bell dan Michael B. Jordan.


Sumber dari Total Film

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post